Friday, October 11, 2013

Petua melembabkan kulit, mencerahkan dan mengurangkan kulit mengelupas

Assalamualaikum wbt..

Saya suka makan yogurt, kurma, madu dan oat. Yogurt,kurma, madu dan oat banyak khasiatnya untuk kulit. Selain sedap dimakan dan baik untuk kesihatan tubuh badan, manfaat ke empat2 bahan ini juga boleh digabungkan dan digunakan dari luar supaya kulit wajah sihat,tegang dan awet muda. Sapa2 yang tak suka makan yogurt pun blh mendapat manfaat daripada kebaikan bahan2 dalam yogurt ni dengan cara menjadikan kesemua bahan ini sebagai mask wajah. Nak tahu? Jom ikut saya:

1. Secamca besar plain yogurt (ko p beli je kt tecso atau giant). Biasanya yogurt ni diletakkan bersama2 dengan minuman probiotik yang lain seperti calciyum, 
Nutrigen, yakult, dll..

2. Secamca besar bijiran oat. Biasa kt rmh saya mmg ada oat ni terutama pd bulan puasa. Tk selera mkn nasi di awal pg, so blh minum campuran oat untuk mengeyangkan perut dengan lebih lama.

3. 3 atau 4 titis madu. Kalau sapa2 kulit dia berminyak, skip bahan ni yer...kot nanti lagi bertambah jerawatnya...

4. Sebiji besar kurma. Hiris dan cincang smpai halus. 

Caranya :

Campurkan kesemua bahan. Gaul sebati dan ukur kepekatannya. Ia tk blh terlalu cair sebab akan jatuh dari kulit muka dan tak boleh terlalu pekat sampai susah nk ditenyeh ke muka nanti.

Setelah bahan2 digaul sebati, sapukan bahan ke kulit wajah, pasangkan hirisan timun di kedua2 mata dan kemudian take a break for 10-15 mins. Jangan terlebih. Kang nanti jdi tempat semut berdansa berpesta ria dapat makanan free..hehe....

Stelah itu, cuci ramuan tadi dari wajah, pastikan semua bersih. Kemudiannya barulah bilaskan sekali lalu dengan air sejuk drpd peti ais. Cara ini, wajah lebih confident dan boleh nampak awet muda gitew...

Saya ni..wajah selalu update, tapi dek kesibukan keje2 kat ofis, penampilan selalu outdated. Huhu..baru2 ni husband saya tegur pasai handbag sy yng terkopek kulitnya. Punyala seboknya mengalahkan ahli dewan undangan negeri. Sampaikan beg sendiri pun tak termanage. Sy betul2 ngak perasan psl handbag sy tu. Daif benar kelihatannya, tapi saya sndri langsung tak perasan. Patutla ipad, hp dan purse blh kotoq, rupa2nys kulit handbag tu dh teruk mengelupas luar dalam, habih melekat pada makhluk2 lain yang ada menumpang kat dalam. Teringat saya pada pesanan Rasullah SAW. Kalau brkawan dengan penjual minyak wangi, bdn kita turut berbau wangi, dan kalau berkwn dengan penjual pelita, wajah turut terkena jelaga. People judges us based on who we are with, atau dengan sapa kita berkawan. Punyala hebat pengaruh kawan. So adik2..pls....org dh bg clue, even dah banyak clue diberi pasal hal ni. Watch out for who/what ur friends are. Okehhh.... Kalau dh terlibat dengan apa2 masalah, plsss jgn salahkn kwn2. Ni org dh nasihat berkaya2 mulut ni...kawan akan menentukan siapa kita dan ke mana langkah kita seterusnya. Biaqla org nk kata kita ni jahat ka apa, tapi jgn sekali2 berkawan dgn org yg kaki moto, kaki rempit, kaki tunggang, wuhuuu....dah tau depa buat kelaku tak baik, so tkyah la walauphn sekadar nk berkawan. P la cari kaki masjid, kaki baca quran, ulat buku...barulah kita akan improve....mak bapak pun yer....klau anak2 buat maslah, pastu cikgu panggil ke sekolah untuk sesi kaunseling bersama ibu bapa, pls la plsss..jgn hang dok p tunjuk anak org tu anak org ni yg menyebabkan anak hang jdi kelaku lagu tu..org dh pesan, pilih kawan yg baik..ank kita bukn tk tau pasal bende ni tapi nkkk juga berkawan dgn org tk senonoh, nakkk juga walau org dh kata satg hang pun jadi mcm depa...tapi nakkkk juga kan.....

Wei wei...dah berleter sampai ke mana la sy ni.. Biasa yer macam tu. One bullet shoot everything ahead. Senang lagu tu. Sekali harung ja kan...muahahaha...

So sebenarnya nak story pasai handbag noo...okeh..ginila rupenye handbag aku tuh. Malu nk tunjuk, tapi takpala....

Nampak dak..dh mengelupas kulitnya kat tepi2 zip tu..hihihi...

Itu belum cerita belah dalam lagi tu..hehe..takyahla yer...okeh..tunjuk isi perut dia pulak nooo..

Yang ini nak dibuang
Kunci lemari pun ada? Huhu..minyak angin punyala banyak. Mmg jenis hangin ko ni tak..hihi...lipstik, eyeliner, inai..haipp...semua siap sedia dalam beg. Even refill pen pun ada tu ha. Pen je tkder, hilang tah ke mana. Sapa2 yang ambik, sila angkat tangan yer....

Almathurat mesti nak kena letak dlm beg, kot tk smpat baca lps solat, blh gak baca dalam perjalanan pegi dan blik keje nanti. Ubat2 pun wajib kena ada. Ubat pening, ubat tidur...haipppp..ubat tdo? Huhu...ganti ubat stress, haku kan ada anxiety disorder, satg tengah bawak kete dia mai penyakit tu caner ek....jadi haruslah ada bende2 tu. Duit yang ikat tu sbb nk bg mira, dia nak tukar duit kecik dengan aku. Buku bank saja bawak buat berat beg. Ada ka patuttt....

Hokey hokey...ni mmg happy ending style punya story. Sbb story beg koyak aku ni berakhir semalam apabila encik suami berbesar hati menemaniku memilih handbag ganti. Hoho...bg yang ada anxiety seperti aku, ada org teman shopping pun kira dh seribu rahmat tak terhingga tu....bknnya aku ni blh p sendiri. Mau pengsan dengan umat manusia yg rmai kt shopping komplex tu nanti..

BEG BARU!!!...jenama sama jugak dgn beg lama tadi, polo...tapi yg ini polo benedetti, yg td tu polo assn..


Memang aku suka yang amat la dgn beg ni, design yg aku cari, warna yang wow!....hehe..suka suka suka sgt2....Harga? RM 65.95 after 70% diskaun. Tah betul idak diskaunnya tu, ke markup lelebih..yang pasti hatiku gumbira dgn beg inih...hehe..hilang sekejap anxiety bila nengokkannya....

Jom ubah gaya di fb saya, Maryam Khadeeja's Collection......mari mari mari....













Wednesday, October 9, 2013

Petua menegangkan kulit wajah

Like page Maryam Khadeeja's Collection untuk apparel yang sgt gojes dan termurah di pasaran!....

Mesti ramai kan yang takut memikirkan usia yang semakin menginjak, ditambah dengan keadaan kulit wajah yang semakin mengendur. Dalam fikiran tu mesti nak beli apa2 shaja produk yang ditawarkan di pasaran. Ermmmm....memang kita boleh cuba produk2 yang ada sekarang, in fact terlalu banyak produk yang dijual sehingga kadangkala sukar untuk membuat pilihan. Bukan apa..risau jika tak mendapat hasil yang diidamkan...lebih teruk kalau hasil yang diidam2kan tak dapat, bende lain plk timbul.huhu...so kepada sesapa di luar sana yang selalu berada di ambang kemusykilan dengan punyala banyak produk yang ada di pasaran sana, jom kita guna cara yg natural :

Parut halus lobak merah lebih kurang sesudu besar, kemudian masukkan sesudu kecil susu tepung. Dulu sy selalu gunakan susu tepung anak saya sbb susu depa sy beli untuk sparepart ajer. Kedua2 anak sy, sy breastfed secara xclusive..

Juga masukkan setengah sudu kecil madu bersama ramuan tadi. Pastu kacau, kalau macam pekat sangat, tambahkan air sikit, jgn terlalu cair ek....agak2 mudah melekat kat muka nanti.

Dah tu, sapu jer kat muka kecuali bahagian mata. Take a rest for a while lebih kurang 10 ke 15 minit atau sehingga ramuan tadi terasa kering sikit kat muka kita. Jgn smpi terlena u olls...kang terus keremot muka tu tk psal2 kena seterika..Lepas tu basuh dan buang the remaining bahan yang ada kt muka tu, diakhiri dgn basuhan air sejuk....

Sy selalu amalkan petua ni, dlm lebih kurang 1 ke 2 kali seminggu.....alhamdulillah....masih belum nmpk lg kekedut2 tersebut. Klau tk mmg seterika la jwbnyaaa......

Petua ni..selain menegangkan kulit, juga akn menyebabkan wajah bersih berseri, cerah dn licin....mmg berbaloi sgt laaah!

Happy trying!.....;)

Saturday, October 5, 2013

Petua Mengekalkan Kecantikan

Aku kerap mencari petua untuk bagaimana mengekalkan kecantikan yang ada pada setiap wanita, terutama sekali pada wanita-wanita yang mana usianya adalah antara 21-26/27 tahun. Padaku, pada usia ini, wanita akan mempunyai paras rupa paling cantik dalam hidupnya!

Kalau la boleh, aku nak sangat mengekalkan rupa paras aku semasa umurku 26 tahun - rupa paras yang paling aku suka sepanjang hidup ini adalah selepas setahun melahirkan danial, anak sulungku. Sehinggakan aku selalu berharap rupa aku akan kekal seperti itu sehingga umurku 40 tahun! Hehe..Punya tinggi menggunung impianku, huhu..mampukah direalisasikan?

Macam-macam aku cuba, macam-macam aku reka, tetapi ada beberapa cubaan aku yang berjaya antaranya :

1) Air sejuk
2) Facial workout / senaman wajah
3) Makanan

Petua Air Sejuk

Ramai celebriti yang amalkan petua membasuh wajah dengan air sejuk di waktu pagi. Macam-macam cara yang dipraktikkan bagi memastikan wajah dibelai dengan air sejuk. Bagi aku sendiri, cara yang aku buat adalah dengan memasukkan ais ketul ke dalam besen kecil. Then masukkan mineral water/air paip biasa ke dalam besen yang mengandungi ais tersebut. Biarkan seketika supaya air menjadi sejuk seperti ketulan ais, selepas itu basuh muka dengannya. Cara ini - selain lebih mudah berbanding sapukan ketulan ais yang dibungkus dengan kain kecil, ia juga dapat mengelakkan penggunaan ais yang berlebihan pada kulit wajah. Aku pernah juga cuba cara sapuan ais ke wajah dengan membungkus ketulan ais dalam kain, tapi tak lama aku bertahan dengan cara tu, sebab masa pagi adalah masa yang agak kritikal - Siapkan anak-anak, siapkan itu siapkan ini..so kalau ada cara yang lebih mudah, pasti aku akan ikut cara yang mudah - lebih mudah, maksudnya lebih menjimatkan masa!

Ais/air sejuk memang boleh "freezekan" kedut-kedut di wajah. Cubalah beberapa minggu, anda akan nampak perubahan pada struktur wajah anda. Wajah akan kelihatan lebih muda dan tegang!

Petua Senaman Wajah

Wuuuu...yang ini memang memerlukan semangat serta kesungguhan yang tinggi! Orang yang istiqamah sahaja mampu buat senaman wajah ni. Carilah kat youtube / google. Letakkan keyword facial workout/facelift without surgery/face exercise/face lifting exercise - pakcik google pasti dapat membantu anda! Aku ada beberapa koleksi facial workout yang tersimpan dlm external,harddisk ku. Namun, kalau nk betul2 cantik dan sihat dan awet muda, haruslah buat overall workout. Aerobik biasanya target keseluruhan bahagian bdn trmasuk wajah. Search je kt youtube, banyak sgt workout yg akan keluar, tapi mcm aku tekankan kt atas tu, aerobic is the best workout. Pd akulah...

Makanan

Makanan sunnah. Sgt2 disyorkan untuk kita terutama org Islam untuk mngmalkan makanan sunnah.,selain sgt baik untuk kesihatan, makanan ini juga sgt membantu mengekalkn kecantikan. Mudah saja nk cntik kan....antara makanan sunnah yang aku amalkan sekarang ini : 

1. Cuka kurma,
2. Cuka epal,
3. Madu lebah dn madu kelulut
4. Kurma
5. Minyak zaitun

Iklan sebentar...nak bergaya seperti saya, like my fb page Maryam Khadeeja's Collections

Penglaman aku, kurma sangat membantu dlm memperindahkan rupa paras..

3 petua mudah..tapi ingat, semua petua2 ni adalh petua semulajadi, SO......akan ambik masa sblm menampakkan hasilnya....Sabar dan tawakkal, insyaallah...