Thursday, May 3, 2012

Petua Mencerahkan Kulit - Edisi SUNBURN!!!

Baru-baru ini aku ada menyertai karnival sukan MARA Peringkat negeri Kedah. Game dibuat dalam format pasukan (A dan B), kami main untuk 3 games di mana masanya adalah antara pkl 10-12.30 tghr! Masak mak  masakkkk...Masak habih semua kulit muka dan badanku yang di'jaga' bagai menatang minyak yang penuh itu. Meraung petang tuh. Waaaaa!!!

Abang, tengok tangan Yatie, macam udang kena bakar hangus ja nih
Abang, tengok kejap muka Yatie ni, nampak tak sunburn, nmpk tanned kan?
Macam mana ni yer sayang?

Penat berkeluh kesah macam tu, akhirnya aku cuba fikirkan apa petua yang pernah aku baca atau cuba sebelum ini untuk mengatasi masalah kulit sunburn nih. Aku cuba meniru lagak Jimmy Neutron yang selalu ditonton bersama anak-anak jam 4.30 petang setiap hari. Jimmy Neutron nih kan, pandai jer gunakan otak besarnya untuk fikir penyelesaian kepada sebarang masalah yang dia atau kawan-kawannya hadapi. So aku fikir apa salah cuba tiru gayanya...Kalau tak dapat jawapan, at least berbaloi Allah bagi otak untuk berfikir.

Fikir
Fikir
Fikir........

Akhirnya terkeluar jugak idea menyapukan kulitku yang dah tanned itu dengan buah tomato.

Rasanya sebelum ni aku pernah buat menggunakan cara tu. Muka nampak cerah selepas ditenyeh dengan jus tomato asli.

Buka peti ais. Nasib baik ada lagi sebijik tomato kat dalam tuh. Stok lama tapi tak kisah la bukan nak buat makan pun.

Aku belah dua, then aku ambik separuh dan separuh aku tinggalkan kat dalam peti ais. Lalu aku mula picit buah tomato tu perlahan-lahan,sambil aku dab dab perlahan-lahan ke seluruh wajah - buat dengan perlahan-lahan risau kulit jadi sakit akibat sunburn tuh.

Biarkan sehingga dia betul-betul kering kat muka, then basuh dengan air biasa jer. Dah bersih aku ambik pulak air sejuk kat dalam peti ais - takdernye air sejuk kat dalam peti ais - apa yang aku buat, ambik ais ketul, letak dalam besen, pastu masukkan air tapis ke dalam besen tu, goyang goyang goyang......dapatla air yang sangattt terrrr....sejuknyerrr.....

Lalu aku lalukan air yang sejuk tu kat muka. Buat sampai habih air sejuk tadi. Aku tak lap air tu, biar kering sendiri.

Then apa jadi? Jadi ker???

Hmmmm..jadi.........kalau sebelum tu aku nampak kulit macam dah seperti udang galah dibakar - kemerah-merahan kat bahagian apple pipiku, tapi lepas aku buat aktiviti kat atas tu, alhamdulillah hilang semuanya. Esoknya kulit kembali normal sudaaa - normal kembali....

amaran : jus tomato ni mungkin akan menyebabkan kulit anda gatal2 semasa diletakkan kat muka. So, hati-hati ladies! Jangan garu2 pulak, kang susah pulak diriku ini nak kena cari petua menghilangkan luka akibat garuan anda itu.
 
Why not u try maaa????


Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)

Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon  penyesalan...ta...