Wednesday, March 28, 2007

Petua Hilangkan Parut

Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

p/s : Semoga petua di atas dapat membantu rakan kita, Ida sedikit sebanyak.

Siri Petua Jerawat – Jom Kongsi Pengalaman!

Saya ingin menceritakan bagaimana saya get rid of jerawat selama ni. Semoga ia boleh dijadikan panduan dan idea kepada mereka yang sedang mengalami masalah ini.

Dahulu, bagi saya jerawat adalah musuh paling utama. Pantang naik jerawat, pasti saya akan berasa susah hati. Kebiasaannya jerawat, jika ada hanya satu pun, pasti ia akan mencacatkan wajah dan keseluruhan penampilan. Saya memang benci jerawat!

Wajah saya mula ditumbuhi jerawat sekitar usia saya 18 sehingga 24 tahun. Lama kan? Sepanjang tempoh itu, pelbagai ubat dan produk telah saya cuba. Pantang dengar kawan-kawan bercakap mengenai sesuatu produk, pasti esoknya saya akan cari sampai dapat. Tapi malangnya, semua produk yang telah saya cuba selama 7 tahun itu gagal mengatasi masalah jerawat yang saya alami.

Dipendekkan cerita, selepas berkahwin, saya jadi agak sibuk melayan suami sehingga ter’leka’ seketika dengan masalah jerawat saya. Lama juga saya tidak mencuba apa-apa produk sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa dengan artikel dalam satu majalah yang memaparkan petua menghilangkan jerawat. Petua tersebut menyarankan agar menggunakan serbuk kacang hijau sebagai ganti kepada pembersih muka.

Memang pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan petua tersebut. Tetapi setelah mencubanya selama sebulan, saya telah dapat melihat kesannya. Walaupun pada masa itu saya hamil, namun kulit muka saya dapat dijaga dengan baik dan terhindar daripada jerawat menggunakan petua kacang hijau ini. Suami saya juga mengiyakan keajaiban kacang hijau ini kerana kebiasaannya kulit wanita hamil lebih mudah mengeluarkan minyak dan berjerawat. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku kepada saya.

Bagaimana rutin penjagaan kulit saya pada masa itu? Ianya amat mudah dan ringkas. Saya mencuci muka dengan serbuk kacang hijau pada sebelah pagi dan kemudian terus mengenakan sunblock (Body Shop White Range) sebelum memakai bedak serbuk (Reena’s ). Menurut kakak kat kiosk yang menjual produk penjagaan muka yang saya temui, wanita yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat tidak perlu menggunakan pelembab. Sunblock dah mencukupi. Dan lagi satu, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengenakan sebarang jenis foundation dan bedak selain bedak serbuk pada muka. Ia akan menutupi pori-pori kulit wajah dan akan mengurung lebih banyak minyak dalam pori-pori tersebut, yang akhirnya akan menghasilkan jerawat.

Itulah rutin penjagaan wajah yang mudah yang saya amalkan sehingga kini. Kacang hijau, sunblock, bedak serbuk. Pada sebelah malam pula, saya hanya akan membasuh muka dengan kacang hijau sebelum masuk tidur.

Tapi perlu diingatkan di sini. Kepada sesiapa yang ingin mengamalkan petua mencuci muka dengan kacang hijau, tekstur kacang hijau tersebut mesti benar-benar halus. Jika tidak, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kering dan mengelupas.

Bagaimana pula dengan anda. Apa kata klik ruangan “comment” di bawah dan ceritakan pengalaman anda dalam menangani masalah jerawat yang pernah anda alami.

Monday, March 26, 2007

Siri Petua Jerawat : Siri 2

Petua kali ini menggunakan kulit timun.

Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.

Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

Saturday, March 24, 2007

Siri Petua Jerawat : Siri 1

Minggu ini saya akan memaparkan pelbagai petua jerawat yang pernah saya perolehi. Semua yang dipaparkan di sini pernah dicuba oleh saya, rakan-rakan atau ahli keluarga. Semoga ia dapat memanfaatkan semua pembaca

Petua Jerawat Siri 1 :

Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.

Cubalah!

Friday, March 23, 2007

Menjadikan Wajah Bersih Berseri

Petua Cara 1 :

Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut

Petua Cara 2 :

Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

Thursday, March 22, 2007

Mencerahkan Kulit Badan

Ini ada satu scrub asli yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan. Caranya :

Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.

Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air (ingat, sedikit sahaja). Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan scrub.

Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut, berseri bak bayi
(chewahhh...)

Petua Mencerahkan Kulit Muka

Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya in an instant!

Caranya :

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
(kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!

Saturday, March 17, 2007

Skin Lightening Lotion

Beat together the white of 1 egg with an equal amount of lemon (or lime) juice. Place the mixture in a cup then put the cup in a pan of hot water over a very low flame.

Stir or beat the mixture until it develops a custard consistency. Let it cool before applying on your freshly scrubbed face.

Wear this mixture for 1 or 2 hours in the daytime, or overnight.

Skin Tightener for Sagging Skin (Menegangkan Kulit)

The Recipe :

2 tablespoons of egg white
1 tablespoon powdered milk
1 1/2 teaspoon honey


Mix together all the above ingredients. Beat until mixture is well blended.

Gently pat this blended mixture all over your face and throat. Allow it to dry on your face and then rinse with water. Finally, splash some cold water on your face and blot dry.

p/s : resipi ini saya ambil daripada buku panduan daripada CAP dan saya telahpun mengamalkannya selama 2 tahun lebih. ALhamdulillah, result yang diperolehi sangat-sangat men'sukacita'kan. Cubalah! :)

Thursday, March 8, 2007

Petua Menghilangkan Jerawat

Suatu masa dulu saya pernah menghadapi masalah jerawat dan kulit berminyak yang agak teruk. Masalah ini mencacatkan penampilan saya yang sentiasa mahu kelihatan cantik dan berseri. Pelbagai produk telah saya cuba untuk mengurangkan masalah ini termasuklah produk mahal, murah, local, oversea. Namakan saja, segala-galanya telah saya cuba namun hasilnya - nothing!

Masalah ini terus membelenggu saya sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa satu petua di dalam satu majalah (maaf, saya dah lupa nama majalah tersebut). Petua tersebut menyarankan supaya menggunakan kacang hijau untuk menghilangkan masalah jerawat ini. Caranya :

Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. Biarkan sehingga kering barulah dicuci. Saya menggunakan air biasa sahaja untuk mencuci ramuan ini. Tapi menurut makcik bidan di kampung saya, bahagian muka lebih baik jika dicuci dengan air suam-suam kuku yang telah dimasak terlebih dahulu. Amalkan petua ini sekali setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di badan (yang biasanya terjadi di bahagian belakang badan). Cara penggunaannya adalah sama dengan cara di atas kecuali anda memerlukan suami atau ibu anda untuk menyapukanya!

Anda juga boleh menyapukan ramuan serbuk kacang hijau ini hanya pada bahagian yang berjerawat sahaja. Saya sering melakukan ini apabila tidak berkesempatan!

Sebelum bertemu dengan ramuan kacang hijau ini, saya tidak pernah percaya pada kecantikan menggunakan bahan semulajadi. Tetapi kini saya lebih yakin dengan bahan semulajadi berbanding produk-produk kecantikan yang melambak di luar sana. Mungkin juga kulit muka saya ini jenis "murahan" sahaja, sebab itulah tidak memerlukan "high maintenance!" :P

Apa kata anda mencubanya

Friday, March 2, 2007

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.

Thursday, March 1, 2007

Petua Kecantikan Semulajadi Wanita : When Nature Comes To The Rescue

Wanita dan kecantikan adalah dua sahabat karib yang pasti sukar untuk dipisahkan. Wanita pasti mendambakan kecantikan, dan apabila bercakap mengenai kecantikan, pasti ia sedikit sebanyak berkaitan dengan diri wanita.

Namun begitu tidak begitu ramai wanita yang menyedari betapa pentingnya penjagaan kecantikan itu menggunakan kaedah semulajadi. Kaedah mandi bunga, kaedah "solekan" tanpa alat solek dan macam-macam lagi kaedah serta petua dahulunya digunakan oleh nenek moyang kita untuk melambat dan mengekalkan kejelitaan mereka. Namun, berapa ramai antara kita yang yakin dengan kaedah ini? Dan kenapa wujudnya perasaan "kurang yakin" tersebut?

Maka inilah tujuan saya mewujudkan blog ini. Supaya nanti wanita Malaysia ini khususnya wanita Melayu dapat mengekalkan kejelitaan mereka dengan hanya menggunakan kaedah semulajadi, kerana saya percaya "natural" itu akan mendatangkan kesan jangka panjang yang pasti untuk wanita.

Semoga setiap paparan isu dan petua di blog ini akan menjadi panduan buat semua wanita.

Sekian dulu buat masa ini. Bertemu lagi di gelanggang "petua" yang akan datang.