Kalau la boleh, aku nak sangat mengekalkan rupa paras aku semasa umurku 26 tahun - rupa paras yang paling aku suka sepanjang hidup ini adalah selepas setahun melahirkan danial, anak sulungku. Sehinggakan aku selalu berharap rupa aku akan kekal seperti itu sehingga umurku 40 tahun! Hehe..Punya tinggi menggunung impianku, huhu..mampukah direalisasikan?
Macam-macam aku cuba, macam-macam aku reka, tetapi ada beberapa cubaan aku yang berjaya antaranya :
1) Air sejuk
2) Facial workout / senaman wajah
3) Makanan
Petua Air Sejuk
Ramai celebriti yang amalkan petua membasuh wajah dengan air sejuk di waktu pagi. Macam-macam cara yang dipraktikkan bagi memastikan wajah dibelai dengan air sejuk. Bagi aku sendiri, cara yang aku buat adalah dengan memasukkan ais ketul ke dalam besen kecil. Then masukkan mineral water/air paip biasa ke dalam besen yang mengandungi ais tersebut. Biarkan seketika supaya air menjadi sejuk seperti ketulan ais, selepas itu basuh muka dengannya. Cara ini - selain lebih mudah berbanding sapukan ketulan ais yang dibungkus dengan kain kecil, ia juga dapat mengelakkan penggunaan ais yang berlebihan pada kulit wajah. Aku pernah juga cuba cara sapuan ais ke wajah dengan membungkus ketulan ais dalam kain, tapi tak lama aku bertahan dengan cara tu, sebab masa pagi adalah masa yang agak kritikal - Siapkan anak-anak, siapkan itu siapkan ini..so kalau ada cara yang lebih mudah, pasti aku akan ikut cara yang mudah - lebih mudah, maksudnya lebih menjimatkan masa!
Ais/air sejuk memang boleh "freezekan" kedut-kedut di wajah. Cubalah beberapa minggu, anda akan nampak perubahan pada struktur wajah anda. Wajah akan kelihatan lebih muda dan tegang!
Petua Senaman Wajah
Wuuuu...yang ini memang memerlukan semangat serta kesungguhan yang tinggi! Orang yang istiqamah sahaja mampu buat senaman wajah ni. Carilah kat youtube / google. Letakkan keyword facial workout/facelift without surgery/face exercise/face lifting exercise - pakcik google pasti dapat membantu anda! Aku ada beberapa koleksi facial workout yang tersimpan dlm external,harddisk ku. Namun, kalau nk betul2 cantik dan sihat dan awet muda, haruslah buat overall workout. Aerobik biasanya target keseluruhan bahagian bdn trmasuk wajah. Search je kt youtube, banyak sgt workout yg akan keluar, tapi mcm aku tekankan kt atas tu, aerobic is the best workout. Pd akulah...
Makanan
Makanan sunnah. Sgt2 disyorkan untuk kita terutama org Islam untuk mngmalkan makanan sunnah.,selain sgt baik untuk kesihatan, makanan ini juga sgt membantu mengekalkn kecantikan. Mudah saja nk cntik kan....antara makanan sunnah yang aku amalkan sekarang ini :
1. Cuka kurma,
2. Cuka epal,
3. Madu lebah dn madu kelulut
4. Kurma
5. Minyak zaitun
Iklan sebentar...nak bergaya seperti saya, like my fb page Maryam Khadeeja's Collections
Penglaman aku, kurma sangat membantu dlm memperindahkan rupa paras..
3 petua mudah..tapi ingat, semua petua2 ni adalh petua semulajadi, SO......akan ambik masa sblm menampakkan hasilnya....Sabar dan tawakkal, insyaallah...
6 comments:
Tumpang iklan ya...tq
http://www.bvmalls.com/aidi143
Terima kasih atas perkongsian anda..
best tips ni tau.
Jom singgah ke blog saya di www.askfays.com
terima kasih berkongsi ilmu...salam blogwalk
Very interesting blog. A lot of blogs I see these days don't really provide anything that attract others, but I'm most definitely interested in this one. Just thought that I would post and let you know.
petua yang berguna untuk dicuba . bagus tu. kalau nak dapat petua kecantikan yg lain ada sini https://goo.gl/YnqNXa . terima kasih admin untuk kongsikan bersama
Post a Comment