Friday, April 27, 2012

Pelembab Semulajadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelembab wajah sangat penting dalam penjagaan wajah seharian kita. Namun begitu, kepada beberapa individu, mendapatkan pelembab yang sesuai adalah sangat sukar. Seperti kes saya, dah berapa banyak krim pelembab saya beli dan cuba, namun tiada satupun yang rasanya sesuai dengan saya. Ada yang terlalu berminyak, terlalu kering, menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak dan pelbagai masalah lain, sehingga akhirnya saya rasa malas untuk mengenakan sebarang jenis pelembab.

Namun sejak akhir-akhir ini, saya telah berjaya menemui satu petua semulajadi yang menjadikan kobis serta madu asli sebagai ramuannya. Saya telah 2 hari menggunakan petua ini, dan insyaallah nampaknya petua pelembab wajah semulajadi ini berkesan terhadap kulit wajah saya.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan pelembab semulajadi ini :

Bahan-bahan :

1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kulit wajah mengelupas jika anda mempunyai kulit sensitif seperti saya)

Selain enak banget dibuat goreng, kobis juga bagus untuk kecantikan kulit. ..Gambar ehsan SINI














Caranya :

Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.

Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!

6 comments:

miera said...

salam...akak..kalu kulit bermasalah yang berminyak n mudah berjerwat sesuai x pakai pelembab n??hehe

Norhayati said...

Boleh je pakai naina. Kulit saya pun mudah berjerawat, tapi tk la teruk sangat berbanding zaman sy remaja dolu.caranya saya pakai jarang-jarang. kalau nmpk dh ok dengan kulit, baru sy pakai lebih kerap

lemon melon said...

Salam, nak tanya jus kobis ni boleh tahan x kalau simpan dalam peti sejuk? Sebab macam payah je nak buat hari2. Thanks :)

Norhayati said...

Lemon Melon,
Blh ajer. Cuma jangan simpan terlalu lama, takut berkulat dan banyak bakteria masuk

may said...

Sorry...sya x brpa fhm sngt. Nk tnya ckit.. jus nie mnum ka sapu kt muka je?

Norhayati said...

Bukan minum yang..just letak kat muka jer

Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)

Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon  penyesalan...ta...