Thursday, May 3, 2012

Petua Mencerahkan Kulit - Edisi SUNBURN!!!

Baru-baru ini aku ada menyertai karnival sukan MARA Peringkat negeri Kedah. Game dibuat dalam format pasukan (A dan B), kami main untuk 3 games di mana masanya adalah antara pkl 10-12.30 tghr! Masak mak  masakkkk...Masak habih semua kulit muka dan badanku yang di'jaga' bagai menatang minyak yang penuh itu. Meraung petang tuh. Waaaaa!!!

Abang, tengok tangan Yatie, macam udang kena bakar hangus ja nih
Abang, tengok kejap muka Yatie ni, nampak tak sunburn, nmpk tanned kan?
Macam mana ni yer sayang?

Penat berkeluh kesah macam tu, akhirnya aku cuba fikirkan apa petua yang pernah aku baca atau cuba sebelum ini untuk mengatasi masalah kulit sunburn nih. Aku cuba meniru lagak Jimmy Neutron yang selalu ditonton bersama anak-anak jam 4.30 petang setiap hari. Jimmy Neutron nih kan, pandai jer gunakan otak besarnya untuk fikir penyelesaian kepada sebarang masalah yang dia atau kawan-kawannya hadapi. So aku fikir apa salah cuba tiru gayanya...Kalau tak dapat jawapan, at least berbaloi Allah bagi otak untuk berfikir.

Fikir
Fikir
Fikir........

Akhirnya terkeluar jugak idea menyapukan kulitku yang dah tanned itu dengan buah tomato.

Rasanya sebelum ni aku pernah buat menggunakan cara tu. Muka nampak cerah selepas ditenyeh dengan jus tomato asli.

Buka peti ais. Nasib baik ada lagi sebijik tomato kat dalam tuh. Stok lama tapi tak kisah la bukan nak buat makan pun.

Aku belah dua, then aku ambik separuh dan separuh aku tinggalkan kat dalam peti ais. Lalu aku mula picit buah tomato tu perlahan-lahan,sambil aku dab dab perlahan-lahan ke seluruh wajah - buat dengan perlahan-lahan risau kulit jadi sakit akibat sunburn tuh.

Biarkan sehingga dia betul-betul kering kat muka, then basuh dengan air biasa jer. Dah bersih aku ambik pulak air sejuk kat dalam peti ais - takdernye air sejuk kat dalam peti ais - apa yang aku buat, ambik ais ketul, letak dalam besen, pastu masukkan air tapis ke dalam besen tu, goyang goyang goyang......dapatla air yang sangattt terrrr....sejuknyerrr.....

Lalu aku lalukan air yang sejuk tu kat muka. Buat sampai habih air sejuk tadi. Aku tak lap air tu, biar kering sendiri.

Then apa jadi? Jadi ker???

Hmmmm..jadi.........kalau sebelum tu aku nampak kulit macam dah seperti udang galah dibakar - kemerah-merahan kat bahagian apple pipiku, tapi lepas aku buat aktiviti kat atas tu, alhamdulillah hilang semuanya. Esoknya kulit kembali normal sudaaa - normal kembali....

amaran : jus tomato ni mungkin akan menyebabkan kulit anda gatal2 semasa diletakkan kat muka. So, hati-hati ladies! Jangan garu2 pulak, kang susah pulak diriku ini nak kena cari petua menghilangkan luka akibat garuan anda itu.
 
Why not u try maaa????


21 comments:

Unknown said...

sebelum ni sy mmg dah pernah guna cara ni. saya rse kulit makin lembut setelah ditenyeh dengan tomato.hihi

Nur Zahirah & Hafizan Lutfi said...

salam..nice sharing..saya nak kongsi petua ni jugak ye..ehehe...jom kita exchange blog link...mine http://zahirahhafizan.blogspot.com. jemputlah ziarah:)

Norhayati said...

Aisyah, good good..hehe

Norhayati said...

Ibu Aiman Syamimi,

Nnti kita tukar2 link eik. anyway, thanks.

Anonymous said...

nak putihkan muka gunalah kopi gula..

Atie Zieya said...

hehe...curikk petua nuh

Adaa said...

hehe bestlah blog awk ni..petua yg sangat bagus sbb semua semulajadi kan..kdg2 bende2 kat dapur kita tuh lah ubat kan..nice info/petua sis! nk exchange link leh ke?

atasi perut buncit/burn away your belly fat/rahsia kurus dengan omega/tips mendapatkan perut kempis/Turun berat badan dengan selamat/hilang 1.5kg in 2 weeks/kurus hanya dengan vitamin/ rahsia turun berat badan untuk ibu menyusukan anak

Qistina Balqis said...

hi nk tanya ni...klu dah basuh muke lps letak tomato tu,tk nk letak ais ketul atau air sejuk blh ke?

Anonymous said...

ptua utk kulit m'glupas ade x..?mke ni trk sgt la...

Anonymous said...

aslamualaikum..na tanya lahh..ni bole ke buat untuk muka,leher and tangan yg terbakar habiss..da jadi cm t*** cicak dah tgok ..bole kew..share ckit

Unknown said...

bagus...bagus..petua yang sangat berkesan dan kos efektif..
Waist Nipper vs Bengkung

QasehnyaRania said...

buah tomato memang bagus.penah juga buat

nwaysinggah sini dari majalah rapi..

i follow..

Unknown said...

wah..terima kasih kak Norhayati..petua ni berguna sangat..saya minta izin curi petua ni ye..

Mazni said...

Wah wah wah. Terima kasih atas petua tomato untuk sunburn.

Terbaik sungguh.

Orang kurang rajin macam saya pandai guna set kecantikan shaklee saja

Mama Linie said...

Petua terbaek untuk sun burn...Tq sis..best info...ada masa blh la jenguk page saya pla ye:)

www.kedaivitamainsemulajadi.blogspot.com

Unknown said...

saya dah lame simpan soalan nie dalam fikiran sae...

sekarang sae nak tanye.. :)

BETOL ke SABUN JOY boleh membersih sehingga beribu ribu pinggan sehingga singapore ?

Mohon pencerahan

Ali Wowberita said...

terima kasih kerana berkongsi..habis kulit lengan saya kena sunburn sebab pergi bercuti fi pulau lupa nak pakai sun block..huhuhu

Unknown said...

saya percaya dengan cara tomato ni.. tapi saya dah tiga hari dah berkulit hitam akibat sunburn ni.... then, baru baca artikel ni.... menjadi lagi ke .. sbb dah tiga hari kan...

ayzza said...

Asalamualaikum..saya Ayzaa..Beauty Consultant Mary kay, hampir 8 tahun berpengalaman dalam bidang kecantikan.sekiranya anda ingin mendapatkan skin consultation secara percuma dan bertanyakan tentang produk Mary Kay boleh hubungi saya @ wassap di talian 0194582016 ( ayzza)

Adams said...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Wojciech Roszkowski said...

Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)

Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon  penyesalan...ta...