Saya ingin menceritakan bagaimana saya get rid of jerawat selama ni. Semoga ia boleh dijadikan panduan dan idea kepada mereka yang sedang mengalami masalah ini.
Dahulu, bagi saya jerawat adalah musuh paling utama. Pantang naik jerawat, pasti saya akan berasa susah hati. Kebiasaannya jerawat, jika ada hanya satu pun, pasti ia akan mencacatkan wajah dan keseluruhan penampilan. Saya memang benci jerawat!
Wajah saya mula ditumbuhi jerawat sekitar usia saya 18 sehingga 24 tahun. Lama kan? Sepanjang tempoh itu, pelbagai ubat dan produk telah saya cuba. Pantang dengar kawan-kawan bercakap mengenai sesuatu produk, pasti esoknya saya akan cari sampai dapat. Tapi malangnya, semua produk yang telah saya cuba selama 7 tahun itu gagal mengatasi masalah jerawat yang saya alami.
Dipendekkan cerita, selepas berkahwin, saya jadi agak sibuk melayan suami sehingga ter’leka’ seketika dengan masalah jerawat saya. Lama juga saya tidak mencuba apa-apa produk sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa dengan artikel dalam satu majalah yang memaparkan petua menghilangkan jerawat. Petua tersebut menyarankan agar menggunakan serbuk kacang hijau sebagai ganti kepada pembersih muka.
Memang pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan petua tersebut. Tetapi setelah mencubanya selama sebulan, saya telah dapat melihat kesannya. Walaupun pada masa itu saya hamil, namun kulit muka saya dapat dijaga dengan baik dan terhindar daripada jerawat menggunakan petua kacang hijau ini. Suami saya juga mengiyakan keajaiban kacang hijau ini kerana kebiasaannya kulit wanita hamil lebih mudah mengeluarkan minyak dan berjerawat. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku kepada saya.
Bagaimana rutin penjagaan kulit saya pada masa itu? Ianya amat mudah dan ringkas. Saya mencuci muka dengan serbuk kacang hijau pada sebelah pagi dan kemudian terus mengenakan sunblock (Body Shop White Range) sebelum memakai bedak serbuk (Reena’s ). Menurut kakak kat kiosk yang menjual produk penjagaan muka yang saya temui, wanita yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat tidak perlu menggunakan pelembab. Sunblock dah mencukupi. Dan lagi satu, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengenakan sebarang jenis foundation dan bedak selain bedak serbuk pada muka. Ia akan menutupi pori-pori kulit wajah dan akan mengurung lebih banyak minyak dalam pori-pori tersebut, yang akhirnya akan menghasilkan jerawat.
Itulah rutin penjagaan wajah yang mudah yang saya amalkan sehingga kini. Kacang hijau, sunblock, bedak serbuk. Pada sebelah malam pula, saya hanya akan membasuh muka dengan kacang hijau sebelum masuk tidur.
Tapi perlu diingatkan di sini. Kepada sesiapa yang ingin mengamalkan petua mencuci muka dengan kacang hijau, tekstur kacang hijau tersebut mesti benar-benar halus. Jika tidak, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kering dan mengelupas.
Bagaimana pula dengan anda. Apa kata klik ruangan “comment” di bawah dan ceritakan pengalaman anda dalam menangani masalah jerawat yang pernah anda alami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)
Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon penyesalan...ta...
-
PEACE...!!! Kepada adik-adik, kakak-kakak, senior junior semua yang tak pernah jemu minta saya menulis tips-tips kecantikan atau ...
-
Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah s...
3 comments:
salam,
akak..kacang hijau tu yg macamane ek?yg orang buat bubur tu ke or green peas yg bulat2 kecil tu?
very2 sorry anis, late reply.
kacang hijau tu yg org buat bubur, bkn kacang peas hijau tu
salam,
akak, serbuk tu kene buat sendiri ke atau ade jual kat kedai? kalau nak buat sendiri, macam mana caranya?
Post a Comment