Suatu masa dulu saya pernah menghadapi masalah jerawat dan kulit berminyak yang agak teruk. Masalah ini mencacatkan penampilan saya yang sentiasa mahu kelihatan cantik dan berseri. Pelbagai produk telah saya cuba untuk mengurangkan masalah ini termasuklah produk mahal, murah, local, oversea. Namakan saja, segala-galanya telah saya cuba namun hasilnya - nothing!
Masalah ini terus membelenggu saya sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa satu petua di dalam satu majalah (maaf, saya dah lupa nama majalah tersebut). Petua tersebut menyarankan supaya menggunakan kacang hijau untuk menghilangkan masalah jerawat ini. Caranya :
Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. Biarkan sehingga kering barulah dicuci. Saya menggunakan air biasa sahaja untuk mencuci ramuan ini. Tapi menurut makcik bidan di kampung saya, bahagian muka lebih baik jika dicuci dengan air suam-suam kuku yang telah dimasak terlebih dahulu. Amalkan petua ini sekali setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di badan (yang biasanya terjadi di bahagian belakang badan). Cara penggunaannya adalah sama dengan cara di atas kecuali anda memerlukan suami atau ibu anda untuk menyapukanya!
Anda juga boleh menyapukan ramuan serbuk kacang hijau ini hanya pada bahagian yang berjerawat sahaja. Saya sering melakukan ini apabila tidak berkesempatan!
Sebelum bertemu dengan ramuan kacang hijau ini, saya tidak pernah percaya pada kecantikan menggunakan bahan semulajadi. Tetapi kini saya lebih yakin dengan bahan semulajadi berbanding produk-produk kecantikan yang melambak di luar sana. Mungkin juga kulit muka saya ini jenis "murahan" sahaja, sebab itulah tidak memerlukan "high maintenance!" :P
Apa kata anda mencubanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)
Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon penyesalan...ta...
-
PEACE...!!! Kepada adik-adik, kakak-kakak, senior junior semua yang tak pernah jemu minta saya menulis tips-tips kecantikan atau ...
-
Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah s...
3 comments:
kalau guna kacang hijau ni n saya cuci muka menguna kan sabun xapa ke? saya pakai cuci muka sabun papaya.... bole ke saya cuci selepas pakai serbuk kacanh hijau tu?n than kacang hijau tu nk kne belanda dulu ke?
eyka,
boleh jer guna kacang hijau, then cuci semula wajah dengan sabun yang biasa kita pakai. tapi jgn terlalu banyak, itu je. kacang hijau tu kalau dah beli yang sebijik sebijik tu memang kena blender, tapi kalau beli yang serbuk, tk perlu la blender lagi. sy syorkan beli jer serbuk
mira
saya dah buat tp hasilnye tidak menjadi bertambah banyak naik jerawat
Post a Comment