Monday, February 4, 2013

Petua mencerahkan kulit badan

Memula sy nak habaq... Putih dengan cerah tak sama yer..kalau dah namanya wendy wong atau Ah Mei..dah sah sah kulit kau putih. Tapi kalau kat kaki tu ada tag 'made from africa'..tolonglahh jangan nak jadi wendy wong sangat. Memang tak layan laa macam tu.
Hmmm..tapi tapinya kan...kulit kalau cerah ..akan sangat memikat. Cuba tengok model2 kulit hitam yang kat majalah tu. Even kulit diorang hitam..tapi kita tetap nak tengok depa juga kan... cuba perhati kulit diorang, cantik kan..hitam tp nmpk cerah, nmpk translucent jer..best tgk.
So walau apa sahaja tagging kita samada made from usa ke indonesia ke india ke africa ker..kita blh dptkan kulit yang cerah. Cerah di sini membawa maksud bersih dan kemas. Terjaga dengan rapi dan penuh hati2.
Hei..apakah puncanya yg sy membebel pasal kulit hitam putih nih. Jangan buat aduan dlu yer.. sebab petua hari ni menggunakan kopi untuk kecantikan kulit badan. Biar halus dan mulus, biar semakin cerah menawan.
Saya tak tau knp laa sy ni rajin sgt mencuba itu ini. Pantang jumpa petua, sy akan cuba hr tu jg. Petua tu memanggil2 sy untuk mencubanya. Okeh..stop la segala bebelan dn back to bisnes...
Caranya macam ni..p cari serbuk kopi yg ori, bkn nescafe yer...ambik lebih kurang 2 sudu besar. Letakkn dalam mangkuk klu boleh mngkuk plastik. Kang ko guna mangkuk kaca, anak2 berlari tersentuh tersadung tersepak..ko juga yg penat menjerit.
Lepas tu ambik segenggam dua beras pulut, basuh, toskan airnya dan goreng dengan minyak zaitun yg pure atau virgin. Jangan beli yang dah diproses. Goreng sampai kekuningan. Oopss. Minyak zaitun tu skit jer yer..bukan nak buat deep fry pun okey.. then blend kesemua beras tadi biar jd halus sehalus mungkin. Ambik 1 sudu besar, selebihnya simpan. Kang nak buat lg tk payah susah susah basuh kuali.
Campurkan beras dengan serbuk kopi tadi. Tambah sedikit air agak2 yang selesa untuk kita tenyeh2 atau sental2 kat kulit nnti. Masuk bilik mandi..sental la kulit korang dr atas bdn ke bwh..sental lama skit kt tempat2 yg degil,yg hitam, yg lusuh,yg kelabu taikanjing..hehe...
Dah tu bilas dan mandi spt biasa. Buat 2 atau 3 kali seminggu. Jangan mngharap kulit tu tukar cantik serta merta yer..cinderella pun perlukan masa untuk jd cantik.. tapi klau kulit tu jenis alim baik..insyaallah akn nmpk perubahan sebaik mandi. Tapi untuk kulit yg degillll tu..sabar skit yer..mungkin korang hnya nmpk kesannya dlm 2 ke 3 minggu amalkan petua ni. Macam kulit sy ni jenis baik gak...selalu bg response immediate. Klu suka pun cepat..klu dia tk suka pun cepat jer tumbuh mcm2..hehe...
Apa kata kita amalkan sama2 dan kongsikn hasilnya di sini untuk rujukan pencinta kecantikan yg lain ;-)

5 comments:

Nasriah Nadzir said...

First time ni sy jumpa petua yg mcm ni..anyway mcm best plak..kena cuba ni..yg paling best,semua bahan ade kt dapur kan??

anyway..jemputla ke blog sy jg k...

www.mysufisecret.blogspot.com

^_^

Norhayati said...

Cuba la...mesti lebih putih sebaik keluar blik air nnti..

Unknown said...

Kalau goreng beras tu tnpa mnyak boleh ?

Beauty Fatimah said...

perkongsian yang sangat menarik. :)

Maz said...

Best petua you ni. Bab sental mmg setuju elok utk cerahkan kawasan gelap kan. Jemputlah datang melawat blog saya. healthyglowing13.blogspot.com

Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)

Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon  penyesalan...ta...