Sunday, September 6, 2020

5 Perkara Korang Perlu Tahu Sebelum Buat Keputusan Gunakan iFlawless

Hi korang, Bonda tahu korang dah tak sabar nak gunakan iFlawless Skincare “Limited Edition Raya” . Tapi mesti korang sekarang dalam keadaan masih keliru untuk buat pilihan produk yang mana korang perlu dapatkan dulu. Betulkan?

Jangan risau, bonda akan cuba perjelaskan supaya memudahkan korang untuk buat belian . Dalam perkongsian bonda ni ada 5 pecahan

#1 Apa yang menarik tentang iFlawless
#2 Enam langkah flawlesskan wajah
#3 Fungsi setiap prodUK iFlawless
#4 Perlu atau tidak buat belian kesemua iFlawless Skincare untuk kali pertama
#5 Macam mana nak buat tempahan



#1 APA YANG MENARIK TENTANG IFLAWLESS SKINCARE

Disebalik iFlawless Skincare, sebenarnya adalah cerita tentang perjalanan Mommy Nina dari usia 18 tahun sehingga hari ini. 

Mommy ada kongsikan pengalaman Mommy menggunakan produk bahan terlarang. Mommy Nina tak nak korang juga jadi mangsa seperti Mommy. Cukuplah Mommy sahaja..

Disebabkan itulah, Mommy membuat keputusan untuk iFlawless hanya mengeluarkan produk yang selamat dan berkesan. Biar pun perlu ambil masa berbulan untuk dapatkan kulit yang sihat, Mommy rasa ianya lebih berbaloi dari perlu guna produk yang akhirnya memudaratkan kesihatan diri.

  • NATURAL, EASY & EFFECTIVE SKINCARE
  • VEGAN, CRUELTY FREE & CREATED TO MAKE YOU FEEL SAFE
iFlawless adalah skincare pertama di Malaysia yang berasaskan 99.5% dari bahan natural. Kesemua produk iFlawless adalah “hypoallergic”. 


Maksudnya ialah, iFlawless Skincare bukan sahaja sesuai untuk kulit normal, kombinasi, berminyak tapi ianya juga sesuai untuk korang yang mengalami kulit sensitif kerana iFlawless Skincare tidak mengandungi bahan yang tersenarai dalam kategori bahan sensitif seperti fragrance/parfum, ejen warna & pengawet buatan

#2 ENAM LANGKAH FLAWLESSKAN WAJAH

iFlawless Skincare ada 6 jenis produk yang berbeza peranan serta fungsi. Dalam rutin iFlawless, ada 6 langkah lengkap untuk mendapatkan kulit wajah yang flawless

Langkah 1: Cuci muka menggunakan Facial Treatment

Langkah 2: Skrub menggunakan Facial Scrub LORISA

Langkah 3: Mask menggunakan Facial Mask

Langkah 4: Memakai Facial Toner LORISA

Langkah 5: Menyapu Facial Serum LORISA

Langkah 6: Melembapkan kulit wajah menggunakan Minyak Argan Emas atau Balm Moisturiser

#3 FUNGSI SETIAP PRODUK IFLAWLESS SKINCARE

Seperti yang bonda kongsikan, setiap produk iFlawless mempunyai peranan & fungsi tersendiri disebabkan formula dan bahan yang berbeza

Facial Treatment

Facial Treatment adalah pencuci muka iFlawless yang berfungsi untuk membersihkan kulit wajah dari kekotoran debu, minyak, solekan yang nipis & kekotoran dikulit wajah. 

Jika korang mengenakan sunscreen/sunblock atau solekan yang tebal, bonda sarankan korang buat double cleansing dulu untuk pastikan kulit korang betul-betul dibersihkan dengan sempurna. 

Selain itu, korang boleh lakukan teknik cuci muka iFlawless iaitu selama 60 saat. Korang nak tahu, ramai pengguna iFlawless kata “pencuci muka ni sangat lembut dan tak menegangkan kulit wajah”

Facial Scrub LORISA

Uniknya Facial Scrub LORISA ini adalah 3 bahan utamanya iaitu LORISA (4 jenis tumbuhan yang kaya dengan VIT E & kaya dengan anti oksidan), garam himalaya gred berkualiti tinggi & shea butter.

Fungsi Facial Scrub LORISA adalah untuk mengurangkan blackhead, membersihkan kekotoran yang tertinggal & membuang sel kulit mati supaya muka berseri-seri tidak kusam. 

Kesan menggunakannya 3 kali seminggu akan membuatkan kulit korang kembali lembut, kulit kering kembali lembap dan kulit lebih berseri.

Facial Mask

Facial Mask iFlawless adalah mask yang mempunyai paras serapan air sebanyak 65% dan disebabkan itu, ianya mampu membantu menyerap lebihan minyak dikulit wajah tanpa membuatkan kulit wajah kering. 

Tambahan lagi, secara tidak langsung Facial Mask dapat membantu mengelakkan kulit jerawat & mempercepatkan pengecutan jerawat yang baru tumbuh. Jika digunakan secara konsisten dalam tempoh masa yang lama, ianya membantu menegangkan kulit wajah disamping membuatkan kulit wajah tampak lebih cerah dari sebelum.

Korang boleh gunakan Facial Mask 3 kali seminggu atau setiap hari.

Facial Toner LORISA

Toner adalah langkah ke 4 yang paling bonda suka dan rasa nak pakai banyak-banyak kali sehari. 

Istimewanya Facial Toner LORISA disebabkan kandungan % tambahan AHA iaitu glycolic acid yang sesuai untuk kulit tempatan Malaysia dan ianya berfungsi untuk melembutkan & menanggalkan sel kulit mati. 

Korang yang ada masalah parut jerawat, jeragat, blackhead & kulit kusam sangat sesuai gunakan toner ini.

Bagi kulit kering, pastikan kalau korang guna Facial Toner LORISA, korang juga perlu guna pelembap dalam rutin skincare korang..

Tapikan, kalau bonda lah, tak kira kulit jenis apa, memakai pelembap adalah rutin yang sangat penting.

Facial Serum LORISA

Antara banyak-banyak iFlawless Skincare, Facial Serum LORISA mengandungi kepekatan LORISA yang paling tinggi. 

Ok lah, bonda kongsikan tentang LORISA ini ya. LORISA dalah satu formulasi khas yang hanya ada dalam skincare dibawah branding iFlawless sahaja. 

LORISA adalah 4 jenis tumbuhan yang digunakan dan diamalkan oleh wanita Turki iaitu Argania Spinosa (Argan) Kernel Oil,  Eucalyptus Globulus Leaf Oil,  Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Oil, Melaleuca Alternafolia (Tea Tree) Leaf Oil.

Fungsinya adalah untuk mengecutkan jerawat, memudarkan parut jerawat, elak jeragat naik, elak jeragat jadi lebih banyak, kecilkan liang pori-pori dan cerahkan kulit wajah.

Minyak Argan Emas

Minyak Argan Emas adalah produk pertama iFlawless dan telah berjaya memenangi ANUGERAH ASIA PACIFIC EXCELLENT TOP BRAND 2018/2019 atas pencapaiannya yang telah membantu 190,000 wanita.

Fungsi utama Minyak Argan Emas adalah melembapkan kulit wajah tanpa membuatkan muka berminyak. Selain itu, ianya juga membantu korang yang ada masalah tona tidak sekata.

Bukan sekadar sebagai pelembap kulit, malah Minyak Argan Emas digunakan oleh make up artist untuk menghasilkan makeup yang lebih nampak segar & flawless. 

Korang pun boleh gunakan teknik tersebut untuk dapatkan hasil makeup yang setaraf profesional. 

Mudah sahaja, sebelum menyapu foundation, korang sapukan rata 2-3 titis Minyak Argan Emas. Apabila telah meresap, korang boleh terus sapu foundation korang.

#4 PERLU KE SAYA BUAT BELIAN KEENAM-ENAM IFLAWLESS SKINCARE NI UNTUK KALI PERTAMA?

Tidak perlu. Sebelum buat belian, lihat dulu keperluan dan budget korang. Jika korang memang rasa perlu untuk ambil keenam-enam produk, korang boleh terus buat belian ok.

Tapi jika korang belum bersedia dari segi budget, saranan bonda adalah korang dapatkan dahulu Facial Treatment iFlawless dan Facial Serum LORISA. 

Dan jika, korang masih belum mempunyai pelembap dalam rutin skincare, korang perlu juga dapatkan sekali Minyak Argan Emas atau Balm Moisturiser untuk pastikan kulit sentiasa lembap..Ingat pesan bonda, jangan skip pelembap!

Okey..bonda sertakan sekali video cara pakai kesemua produk iFlawless ni..



#5 MACAM MANA NAK BUAT TEMPAHAN

Korang boleh buat tempahan dengan whatsapp bonda di nombor 0167679269. Bonda akan consult korang di sana okey..

No comments:

Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)

Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon  penyesalan...ta...