Seperti yang kita semua sedia maklum, pelembab wajah sangat penting dalam penjagaan wajah seharian kita. Namun begitu, kepada beberapa individu, mendapatkan pelembab yang sesuai adalah sangat sukar. Seperti kes saya, dah berapa banyak krim pelembab saya beli dan cuba, namun tiada satupun yang rasanya sesuai dengan saya. Ada yang terlalu berminyak, terlalu kering, menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak dan pelbagai masalah lain, sehingga akhirnya saya rasa malas untuk mengenakan sebarang jenis pelembab.
Namun sejak akhir-akhir ini, saya telah berjaya menemui satu petua semulajadi yang menjadikan kobis serta madu asli sebagai ramuannya. Saya telah 2 hari menggunakan petua ini, dan insyaallah nampaknya petua pelembab wajah semulajadi ini berkesan terhadap kulit wajah saya.
Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan pelembab semulajadi ini :
Bahan-bahan :
1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kulit wajah mengelupas jika anda mempunyai kulit sensitif seperti saya)
Selain enak banget dibuat goreng, kobis juga bagus untuk kecantikan kulit. ..Gambar ehsan SINI |
Caranya :
Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.
Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!