Monday, February 15, 2010

Sehari Bersama 'Petua Saya'

Sehari Bersama Saya. Itu sebenarnya tajuk posting yang nak saya letakkan pada hari ini. Untuk posting ini, saya akan dedahkan semua amalan saya sehari-harian dalam usaha saya untuk kekal sihat, Insyaallah. Tujuan utama saya adalah untuk berkongsi amalan yang saya lakukan selama ini dalam proses menjaga kesihatan tubuh badan dan kulit. Saya takut kelihatan tua sebelum masanya.

Kita bermula di waktu pagi sampailah ke waktu malam :

6.15 pagi :

- Mula-mula saya akan susukan anak saya, Umar telebih dahulu. Ini untuk mengelak dia dari terjaga semasa saya melakukan senaman ringan selepas itu.
- Sebaik susukan Umar, saya tak terus bangun dari tempat tidur. Sebaliknya saya akan baca selawat 3 kali, hembus dan sedut hembusan tadi sambil usap wajah. Saya juga buat senaman ringan posisi duduk terlebih dahulu. Saya memilih untuk melakukan posisi yoga kerana ia lebih senyap.
- Selesai senaman yoga posisi duduk, saya akan bangun dari katil dan buat senaman yoga yang memerlukan saya berdiri. Anda juga boleh buat yoga ni.. Mudah sangat. Pergi la ke mana-mana kedai jual CD, mesti ada CD senaman yoga. Pilih senaman yang khas untuk 'beginner'
- Sebenarnya saya tak sempat nak buat semua posisi yoga yang diajar dalam CD tu. Kesuntukan masa. Tapi bagi saya, better late than never. Lebih baik buat skit dari tak buat langsung.
- Lebih kurang 10 minit gitu, selesai la senaman ringan saya. Saya kira senaman ni cukup 'ringan' sebab saya ambil masa terlalu singkat untuk selesaikannya. Apa nak buat, kene kejar masa. Heheh (Saya bercita2 untuk bangun seawal 5.30 pagi mulai bulan Mac ni untuk buat aerobic. CD dah beli)
- Selesai yoga, saya terus capai tuala, ambik ice cube dalam freezer dan terus ke bilik mandi. Apa nak dibuat dengan ice cube tu?? Ha. Inilah rahsianya. Ramai celebrity yang buat macam ni. Ice cube tu gunanya untuk diusap2kan ke kulit wajah. Tujuannya untuk menegangkan kulit wajah dan supaya mudah untuk letak mekap nanti.
-Lepas mandi terus solat, pakai baju keje dan mekap. Keje mekap ni jadi sangat mudah sekiranya sebelum mandi tadi kita dah segarkan kulit muka dengan ice cube tadi.

7.40 pagi :
- Sebelum bertolak keluar, saya akan makan madu Khaula 1 sudu kecil + HPA Stoma K + HPA Paramaria Plus + HPA Tuju Angin. Saya percaya dengan produk HPA ni. Kesannya pun memang memberangsangkan. Nak tau lebih lanjut, emel je saya.
- Kemudian hantar danial ke tadika dahulu, then terus pegi keje. Masa keje tu, keje sungguh2 supaya petang nanti rasa berbaloi datang keje. Baru hati rasa tenang. Bila hati rasa tenang badan pun sihat je....
-Lunch biasanya saya akan cari tempat makan yang ada ulam-ulaman. Selain memang sangat sedap untuk dimakan, ulam juga dapat membantu kita menjaga kesihatan dan mencantikkan struktur kulit. Tak caye, tanya aunty Sarimah.

5.30 ptg :
- Lepas punch out, terus ke kelas aerobic. Have fun selepas seharian penat bekerja. Dulu saya memilih untuk buat sauna sekali dalam masa sebulan. Tapi aerobic ni lagi best sebenarnya. Boleh berseronok2, hehe..4 kali buat aerobic, berat saya turun 3 kg.

7.00 ptg :
- Sebaik habih sesi aerobic, terus balik rumah. Mana taknya, si kecil pasti mengamuk kalau lewat skit. Sbb tu lepas ni saya ingat nk wat aerobic waktu awal pagi je, so petang blh balik awal. Paling tidak nnati, saya hanya akan hadir ke kelas aerobic sekali dalam seminggu. Bukan apa, menari beramai2 sebenarnya lagi syok.

9.00 mlm :

- Lepas solat isyak, baca quran, then ajar danial mengaji, kemudian gilir2 dengan husband untuk ajar danial siapkn keje sekolah.

10.00/11 mlm :
- Tidur....zzzzzzzz. Waktu tidur ni fleksibel, ikut Umar. Tapi paling lewat pun dalam pukul 10.30. Budak kecik ni nak kene ajar tidur awal, kalau tak dia pakai ikut dia je.....Susah mamanya nanti. Eh! Lupa lak. Sebelum tidur, makan madu Khaula lagi + HPA Paramaria Plus + HPA Herba Tuju Angin

Tuesday, February 2, 2010

Promosi Sabun Ajaib

PROMOSI SABUN AMOOREA!!!

1) RM 90 untuk satu bar 25 g (termasuk kos pos)
2) RM 30 untuk 1/4 bar (termasuk kos pos) ----PROMOSI NI HANYA UNTUK 12 ORANG PEMBELI PERTAMA SAHAJA-----

* Harga biasa untuk 1/4 bar adalah RM30 + RM 5 (kos pos) = RM 35

CEPAT CEPAT CEPAT. Emel saya di e.norhayati at (at ganti dengan @) gmail.com untuk ketahui cara2 bayaran atau tulis permintaan/order anda di shoutbox sebelah.

Sunday, January 31, 2010

Berita Baik

Saya memang jenis yang suka pada kecantikan semulajadi,tetapi selalu mencari alternatif lain sekiranya ada untuk enhance keadaan kulit yang sihat. Saya akan sentiasa alert dengan apa-apa petua yang saya baca, mahupun produk-produk kecantikan yang boleh meningkatkan tahap kecantikan kulit sehingga ke tahap paling masksima. Bagi saya, kalau kita berkehendakkan sesuatu, tak mustahil kita akan dapatkannya suatu hari nanti, asalkan kita rajin berusaha, mencari info, bertanya dan mencuba.

Kira-kira 8 bulan lepas, saya menonton satu rancangan berkaitan hikmah kejadian manusia oleh seorang ustaz yang saya tak ingat siaran apa dan rancangan yang mana. Tapi satu perkara yang diucapkannya secara tidak sengaja berkaitan kecantikan adalah, manusia ini diciptakan daripada tanah. Dengan berseloroh dia berkata "Mungkin sebab itu ada perempuan yang apabila mengenakan produk kecantikan yang dihasilkan daripada tanah, terus jadi cantik kulitnya, hilang segala jerawat dan kedut". Entah kenapa sejak dari itu, jenaka ustaz tu sentiasa terngiang-ngiang di kepala saya. Dan saya terus mencari kalau-kalau ada produk kecantikan yang dperbuat daripada tanah liat terutamanya.

Tak saya sangka, selang beberapa bulan selepas itu, terdengar khabar tentang satu sabun yang dikatakan 'ajaib' yang diperbuat daripada 'moor'atau tanah liat. Mulanya saya agak kurang percaya dengan produk-produk seperti ini, dengan harga yang agak mahal untuk permulaan dan sebagainya.

Tah macam mana, suatu hari tu saya ke Gamat Healin untuk dapatkan produk kesukaan saya, sunblock dari AG2000. Tuan kedai tu bersungguh-sungguh promote produk sabun ajaib Eumora tu kat saya. Yang paling membahagiakan adalah dia juga ada jual dalam bentuk kecil 1 bar dipotong kepada 4 bahagian dengan harga RM 30 untuk 1/4 bahagian tersebut. Dan bagi saya tak salah mencuba.

Sebelum tu, saya nak bgtau tentang condition kulit muka saya kepada semua. Sebenarnya tak adelah masalah sangat, cuma yang ketara kedut (maybe masa tu tengah kemarau teruk kat Kedah nih). So, kulit muka saya nampak sangat ketara kedutnya.

Okeh, kembali kepada testimonial Eumora. Minggu pertama pakai sabun ni kulit jadi sangat kering, tapi tak mengelupas. Kata kakak tuan kedai tu, kulit akan mengelupas jika sekiranya pengguna pernah guna produk yang ada agen pengelupasan dan yang mengandungi banyak bahan kimia.

Masuk minggu ke-2, kulit wajah saya telah improve. Kedut-kedut banyak yang kurang, kulit jadi sekata dan nampak cantik sangat, sampaikan ramai yang tegur kulit muka saya nampak 'porcelain' gitu. Seronok sangat.......

Then saya beli 1 bar sabun tu untuk harga RM 95. Pada masa tu, saya dah tak kisah pasal harga sebab saya dah yakin sangat dengannya.

Habih jer 1 bar eumora, tetiba ia telah dibuat penjenamaan lain dan diberi nama lain iaitu Amoorea. Dikatakan produk Amoorea ni lagi berkesan dari eumora, tak ada kekeringan pada kulit. Memandangkan saya dah bertekad nk stay dengan sabun ni, jadi saya pun amik 1 bar sabun Amoorea. Dan ya. Amoorea ni lebih moist la. Tak ada langsung kekeringan pada kulit.

Dan sehingga sekarang, saya masih menggunakan sabun ni. Berbaloi. Tak perlu guna mask atau scrub muka lagi. Saya nak maintain jer dengan sabun ni.

Saya dah pun jadi ahli. So, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ajaib ini, silalah emel saya e.norhayati at (gantikan at dengan @)gmail.com atau order ajer kat shoutbox sebelah kanan blogger ni. Anda boleh dapatkan 1 bar dengan harga RM 90 termasuk kos pos. 1 bar ni untuk 2 bulan.. Saya akan ajar macam mana nak bagi dia tahan sehingga 2 bulan kepada pembeli sahaja. :)

Friday, June 1, 2007

"Quick Fix" Tips

Apa Quick Fix? Oleh kerana dah banyak permintaan yang rasanya tak sempat saya nk post satu-satu, jadi saya masukkan semua jawapan mengenai petua kepada soalan-soalan yang diutarakan pada shoutbox di sebelah. Kepada adik-adik dan kakak-kakak yang bertanyakan soalan, tetapi tiada jawapannya di sini, saya minta maaf banyak2. Sebab, ada antara persoalan yang ditanyakan tidak dapat saya jawab, mungkin kerana saya sendiri tidak pernah mengalami masalah tersebut ataupun saya masih belum bertemu dengan mana-mana sumber bagi mendapatkan petua tersebut.

Petua 1 : Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

i) Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

ii) Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai. Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut. Petua daun rambutan ni saya amalkan masa kecik-kecik dulu. Insyaallah, kalau buat selalu, berkesan...

Petua 2 : Merawat Bibir Yang Hitam

Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Saya pun baru jer tahu hal ni. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Menurut salah seorang rakan saya, lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.

Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :

i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti:P

ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Petua 3 : Petua Kuruskan Badan (lari tajuk sikit)

Saya hanya amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum ais langsung, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!

Friday, May 4, 2007

Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Fuyoohhh...Selama beberapa minggu saya keputusan bekalan (internet masalah!), banyak soalan yang dikemukakan dalam blog ni. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi petua-petua yang anda telah request di ruangan "shoutbox" yang terdapat pada bahagian sebelah kanan blog ini.

Namun begitu, ada juga request petua yang telah sedia saya post. Mungkin beberapa orang di kalangan anda tidak perasan petua yang anda minta itu telahpun saya postkan. Jadi bagi memudahkan anda, saya telah menambahkan sesuatu yang baru di blog ini iaitu ruangan menu (lihat pada sidebar sebelah kiri blog). Di situ, saya telah himpunkan menu-menu yang boleh anda nampak dengan mudah. Saya harap anda dapat temui apa yang anda cari di situ.

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada petua-petua yang dipaparkan di sini. Saya akan cuba postkan petua yang saya tahu berdasarkan permintaan yang telah anda buat di blog ini. Saya akan mulakan dengan petua untuk rambut (mengurangi masalah rambut gugur, melicinkan dan menambahkan volume pada rambut anda)

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :

Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.

Monday, April 9, 2007

Petua Menghaluskan Kulit Badan

Saya agak terlewat dari jadual pada malam ini untuk melakukan post yang seterusnya. Makteh saya baru menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 10 mlm tadi. Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin.

Baiklan untuk post malam ini, saya akan masukkan petua yang telah lama digunakan oleh nenek moyang kita untuk menghaluskan kulit badan. Ada dua pilihan petua yang saya postkan di sini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tercari-cari petua ini selama ini

Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)

Bahan-bahan : daun sirih, beras

Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2

Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Wednesday, April 4, 2007

Petua Rawatan Mata

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

Wednesday, March 28, 2007

Petua Hilangkan Parut

Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

p/s : Semoga petua di atas dapat membantu rakan kita, Ida sedikit sebanyak.

Siri Petua Jerawat – Jom Kongsi Pengalaman!

Saya ingin menceritakan bagaimana saya get rid of jerawat selama ni. Semoga ia boleh dijadikan panduan dan idea kepada mereka yang sedang mengalami masalah ini.

Dahulu, bagi saya jerawat adalah musuh paling utama. Pantang naik jerawat, pasti saya akan berasa susah hati. Kebiasaannya jerawat, jika ada hanya satu pun, pasti ia akan mencacatkan wajah dan keseluruhan penampilan. Saya memang benci jerawat!

Wajah saya mula ditumbuhi jerawat sekitar usia saya 18 sehingga 24 tahun. Lama kan? Sepanjang tempoh itu, pelbagai ubat dan produk telah saya cuba. Pantang dengar kawan-kawan bercakap mengenai sesuatu produk, pasti esoknya saya akan cari sampai dapat. Tapi malangnya, semua produk yang telah saya cuba selama 7 tahun itu gagal mengatasi masalah jerawat yang saya alami.

Dipendekkan cerita, selepas berkahwin, saya jadi agak sibuk melayan suami sehingga ter’leka’ seketika dengan masalah jerawat saya. Lama juga saya tidak mencuba apa-apa produk sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa dengan artikel dalam satu majalah yang memaparkan petua menghilangkan jerawat. Petua tersebut menyarankan agar menggunakan serbuk kacang hijau sebagai ganti kepada pembersih muka.

Memang pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan petua tersebut. Tetapi setelah mencubanya selama sebulan, saya telah dapat melihat kesannya. Walaupun pada masa itu saya hamil, namun kulit muka saya dapat dijaga dengan baik dan terhindar daripada jerawat menggunakan petua kacang hijau ini. Suami saya juga mengiyakan keajaiban kacang hijau ini kerana kebiasaannya kulit wanita hamil lebih mudah mengeluarkan minyak dan berjerawat. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku kepada saya.

Bagaimana rutin penjagaan kulit saya pada masa itu? Ianya amat mudah dan ringkas. Saya mencuci muka dengan serbuk kacang hijau pada sebelah pagi dan kemudian terus mengenakan sunblock (Body Shop White Range) sebelum memakai bedak serbuk (Reena’s ). Menurut kakak kat kiosk yang menjual produk penjagaan muka yang saya temui, wanita yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat tidak perlu menggunakan pelembab. Sunblock dah mencukupi. Dan lagi satu, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengenakan sebarang jenis foundation dan bedak selain bedak serbuk pada muka. Ia akan menutupi pori-pori kulit wajah dan akan mengurung lebih banyak minyak dalam pori-pori tersebut, yang akhirnya akan menghasilkan jerawat.

Itulah rutin penjagaan wajah yang mudah yang saya amalkan sehingga kini. Kacang hijau, sunblock, bedak serbuk. Pada sebelah malam pula, saya hanya akan membasuh muka dengan kacang hijau sebelum masuk tidur.

Tapi perlu diingatkan di sini. Kepada sesiapa yang ingin mengamalkan petua mencuci muka dengan kacang hijau, tekstur kacang hijau tersebut mesti benar-benar halus. Jika tidak, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kering dan mengelupas.

Bagaimana pula dengan anda. Apa kata klik ruangan “comment” di bawah dan ceritakan pengalaman anda dalam menangani masalah jerawat yang pernah anda alami.

Monday, March 26, 2007

Siri Petua Jerawat : Siri 2

Petua kali ini menggunakan kulit timun.

Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.

Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.

Saturday, March 24, 2007

Siri Petua Jerawat : Siri 1

Minggu ini saya akan memaparkan pelbagai petua jerawat yang pernah saya perolehi. Semua yang dipaparkan di sini pernah dicuba oleh saya, rakan-rakan atau ahli keluarga. Semoga ia dapat memanfaatkan semua pembaca

Petua Jerawat Siri 1 :

Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.

Cubalah!

Parut Jerawat Jenis Hitam (PIH)

Siapa ada parut jerawat jenis hitam (PIH), kalau korang tak baca posting ini..korang akan menyesal dengan beribu-ribu lemon  penyesalan...ta...